source: (http://www.wikihow.com/Measure-Your-Neck-Size-and-Sleeve-Length)
Panduan di bawah menggunakan kaedah ukuran ukurlilit leher untuk mendapatkan saiz leher dan kaedah jarak puncak belakang badan ke pergelangan tangan untuk mendapatkan panjang lengan baju.
Mengukur Saiz Leher
- 1Lilit pita pengukur mengelilingi leher, bermula dari poin halkum.
- 2Pegang lilitan rapat pada leher.
- 3Ambil bacaan ukuran. Ingat bahawa ini adalah ukuran leher sebenar. Ukuran leher baju mestilah lebih besar. Tercekik nanti kalau ukuran leher baju tepat seperti ukuran leher sebenar. Tambahan sebanyak 1/2 inci (1 cm) sudah memadai
- Kebiasaanya ukuran saih leher adalah di antara 14 - 19 inci (35,5 - 48,3 cm).
Measuring Sleeve Length
- 1Minta model anda berdiri tegak sambil tangannya berada di sisi.
- 2Letak hujung pita di puncak belakang badan. Tangan kanan anda menekan hujung pita manakala tangan kiri melurut pita di atas bahu kiri model anda.
- 3Lurut hingga ke pertemuan bahu dan lengan, regangkan pita pengukur dan baca ukuran. Ingat nilai ukuran ini. (komen saya: pita dalam gambar tu macam nak terjatuh dari bahu. Ada sesetengah tukang ukur lurut pita betul-betul atas bahu supaya nanti boleh double check baju yang dah siap dengan lebih mudah.)
- 4Dari poin pertemuan bahu dan lengan tadi ukur jarak ke bawah hingga ke pergelangan tangan. Hati-hati agar ukuran melepasi pergelangan tangan. Jika tidak, tangan baju akan menjadi singkat. (komen saya: Pengukur tarik pita straight down. Kalau anda perhatikan, lengan tangan manusia ni bengkok sedikit. Lebih baik ukur membengkok sedikit supaya lebih realistic, seperti di sini)
- 5Campurkan nilai pertama dan kedua. (komen saya: sekiranya anda mahu lebih cepat, ukur secara sekaligus, i.e ukur jarak dari puncak belakang badan terus ke pergelangan tangan)
- 6Julat ukuran adalah sekitar 32 - 37 inci (81,3 - 94 cm). Carta di bawah boleh digunakan sebagai rujukan.
Saiz Baju | Saiz Leher | Panjang Lengan Baju |
---|---|---|
Small | 14 - 14 ½ | 32 - 33 |
Medium | 15 - 15 ½ | 32 - 33 |
Large | 16 - 16 ½ | 34 - 35 |
X-Large | 17 - 17 ½ | 34 - 35 |
XX-Large | 18 - 18 ½ | 35 - 36 |
salam.saya faham jadual saiz di atas.tapi saya tak faham nak kaitkan dengan gambarajah yg arahan campurkan kedua2 nilai tersebut.boleh terangkan.TQ
ReplyDelete