Labels
baju kurung
(2)
boutique software
(1)
eBOUTIQUE
(2)
istilah
(2)
kilang
(1)
langsir
(17)
ombak stulang laut
(2)
pakaian-lelaki
(1)
pakaian-wanita
(6)
pattern
(1)
pleat
(1)
pola
(1)
scallop
(3)
skirt
(2)
swag
(1)
tie
(2)
tivoli
(1)
ukurbadan
(7)
Tuesday 17 November 2009
Ukur dan catat ukuran dengan betul!
Pengalaman mengukur dan mencatat ukuran sangat menarik dan adakalanya mencabar. Setiap pekerja butik harus faham dan bersedia untuk melakukannya. Akan sampai musim sibuk (waktu perayaan misalnya) dan tukang ukur sedia ada mungkin tidak berkesempatan mengukur pelanggan yang semakin ramai datang dan menunggu giliran. Ketika ini, pekerja lain perlu membantunya samada melakukan kerja mengukur atau mencatat ukuran.
Kemahiran mencatat ukuran juga sangat penting. Pengukur biasanya akan mengukur badan pelanggan dengan cepat untuk mengelakkan pelanggan rimas. Catatan ukuran perlu dilakukan dengan pantas seiring dengan pergerakan pengukur. Sekiranya seseorang pembantu tidak faham butiran yang mahu dicatat, dia mungkin akan membuat kesilapan dalam catatan. Biasa berlaku keadaan di mana ukuran badan dibuat dengan betul tetapi tersalah catat (oleh pembantu) mengakibatkan baju tersalah potong.
Bagi mengelakkan hal ini, setiap pekerja butik diajar mengenali dan memahami butiran yang terdapat di dalam buku tempahan. Tapi, kalau tak selalu buat pasti lupa dan silap juga akhirnya. Adakalanya terasa sedikit bimbang apabila musim sibuk tiba kerana terkenang kisah silam di mana pelanggan mengamuk bila didapati bajunya tersalah ukuran.
Untuk membantu mengurangkan insiden tersalah catatan, saya telah mencipta prototaip borang catatan ukuran badan elektronik yang memudahkan pekerja mencatat ukuran dengan betul. Prototaip ini mengandungi ruang untuk mengisi nilai ukuran dan sedikit penerangan ringkas yang akan membimbing pengguna mencatat nilai yang sepatutnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment