Thursday 2 December 2010

Menimba pengalaman di kilang pakaian


Setelah hampir 2 tahun saya menghabiskan masa dengan butik dan aktiviti pemasaran, saya dapati proses pembuatan dan pemasaran pakaian sesuatu yang menyeronokkan. Ada "thrill" di sebalik pembikinan pakaian tempahan dan ada "enjoyment" bila berinteraksi dengan pelanggan. Walaubagaimanapun setelah 2 tahun berlalu, timbul rasa bosan dengan rutin sedia ada dan terasa ingin mencuba sesuatu yang baru pula.

Saya mengambil keputusan ingin menimba pengalaman yang lebih mencabar di dalam pembuatan pakaian iaitu bidang pengeluaran massa (mass production). Kebetulan syarikat memerlukan penambaikan sistem maklumat kilang. Permohonan saya diluluskan tanpa sebarang masalah.