Labels
baju kurung
(2)
boutique software
(1)
eBOUTIQUE
(2)
istilah
(2)
kilang
(1)
langsir
(17)
ombak stulang laut
(2)
pakaian-lelaki
(1)
pakaian-wanita
(6)
pattern
(1)
pleat
(1)
pola
(1)
scallop
(3)
skirt
(2)
swag
(1)
tie
(2)
tivoli
(1)
ukurbadan
(7)
Showing posts with label ombak stulang laut. Show all posts
Showing posts with label ombak stulang laut. Show all posts
Friday, 21 December 2012
Ombak Stulang Laut - cara mencantum
1. Temukan bahagian dalam kain pelapik dengan bahagian dalam kain, ropol hiasan, kemudian jahit matikan kedua-dua sekali.
2. Temukan bahagian luar kain langsir utama dengan bahagian luar kain ropol hiasan, atau tindihkan di atas ropol hiasan, kemudian jahit sekali ketiga-tiga bahan
3. Bahagian atas kain langsir utama dibawa ke bahagian atas kain pelapik dilipat pisau terus ke belakang pita tarik sambil dijahit mesin perlahan-lahan, pastikan ketika melipat, kain langsir utama mencukupi.
4. Ketika menjahitnya, bahagian bawah pita tarik, jahit dari permukaan langsir sambil kemaskan (selarikan) lipat pisau. Untuk hiasan bahagian jahitan boleh ditutup dengan renda lebar.
5. Bahagian dalam langsir akan berbentuk seperti gambar dii sebelah.
Ombak Stulang Laut - Persediaan, menggunting dan membahagikan kain
Persediaan
1. Kain langsir utama (diambil dari bahagian tengah kain yang berbunga 21 inci).
2, Kain pelapik (dari bahagian atas kain yang kosong) 11 inci.
3. Kain rupal hiasan (daripada kaki yang bersulam) 7 inci
Gunting dan bahagi kain
1. Lebar kain langsir utama berukuran 3 kali ukuran lebar tingkap ditambah 3 inci basi kelim kiri dan kanan. (lebar tingkap 90 inci x 3 = 270 inci + 3 inci basi kelim) = 273 inci. Labuh langsir 21 inci.
2. Bahagian atas kain langsir utama dilipat ke belakang 1 inci kemudian dikelim selapis sahaja, manakala bahagian bawah kain pula dilipat kotak inci.
3. Kain pelapik diambil dari bahagian atas kain yang kosong atau warna yang berlainan, berukuran lebar tingkap ditambah 3 inci basi kelim kiri dan kanan (LT 90 ici + 3 inci =93 inci ) Labuh kain 11 inci.
Subscribe to:
Posts (Atom)