Friday 21 December 2012

Ombak Stulang Laut - Persediaan, menggunting dan membahagikan kain




Persediaan

1. Kain langsir utama (diambil dari bahagian tengah kain yang berbunga 21 inci).

2, Kain pelapik (dari bahagian atas kain yang kosong) 11 inci.

3. Kain rupal hiasan (daripada kaki yang bersulam) 7 inci

Gunting dan bahagi kain

1. Lebar kain langsir utama berukuran 3 kali ukuran lebar tingkap ditambah 3 inci basi kelim kiri dan kanan. (lebar tingkap 90 inci x 3 = 270 inci + 3 inci basi kelim) = 273 inci. Labuh langsir 21 inci.

2. Bahagian atas kain langsir utama dilipat ke belakang 1 inci kemudian dikelim selapis sahaja, manakala bahagian bawah kain pula dilipat kotak inci.

3. Kain pelapik diambil dari bahagian atas kain yang kosong atau warna yang berlainan, berukuran lebar tingkap ditambah 3 inci basi kelim kiri dan kanan (LT 90 ici + 3 inci =93 inci ) Labuh kain 11 inci.

No comments:

Post a Comment