Wednesday 2 December 2009

Prototaip borang elektronik untuk mencatat ukuran badan


Setelah hampir sebulan memerhatikan proses ukuran badan dan aliran kerjanya dilaksanakan, saya merekacipta prototaip borang elektronik. Prototaip ini memberikan 2 kelebihan; 1)Ia menyediakan panduan untuk memudahkan catatan diambil, 2)Ia dihubungkan dengan email supaya maklumatnya disimpan secara online dan boleh dicari semula pada masa hadapan dengan cekap. Gambar di atas diambil dari http://www.bluewardrobe.com/ yang kini telah muncul sebagai http://www.mrporter.com/.

Secara konsepnya, borang elektronik kelihatan sama seperti borang kertas. Cuma, ia mempunyai penerangan tambahan yang membantu pengukur dan pencatat mendapatkan nilai ukuran yang dikehendaki.

Contoh tambahan khusus bagi ukuran lelaki dan wanita seperti di pautan berikut:
LELAKI: http://www.gracetailor.net/gents-measurement-form.htm
WANITA: http://www.gracetailor.net/ladys-measurement-form.htm

Sekiranya, maklumat lebih terpeinci diperlukan, pautan berikut mungkin boleh dicontohi:
WANITA: http://www.mybarong2.com/womens-measurement-instructions-custom-tailored-madetoorder-garments-art-1937.html

Dari segi rekaletak profesional, saya memilih pautan berikut:
LELAKI: http://www.tailorcut.com/measurement_edit.php

Saya menggunakan http://www.jotform.com untuk membina prototaip.

1 comment: