Complete guide for measuring body according to types of clothes
Setiap pakaian memerlukan maklumat ukuran berdasarkan poin-poin utama badan. Setiap jenis pakaian pula mempunyai keperluan maklumat ukuran yang berbeza. Pakaian yang mempunyai bentuk yang ringkas seperti Baju Melayu atau Baju Kurung tidak memerlukan banyak maklumat ukuran. Sebaliknya, pakaian yang lebih canggih seperti Coat atau Blazer memerlukan lebih banyak maklumat ukuran. Kemahiran seseorang pengukur itu dapat dinilai pada kemampuannya menentukan berapa banyak maklumat ukuran yang perlu diambil. Jika pengukur tidak dapat menentukan maklumat yang diperlukan, kemungkinan maklumat tidak lengkap atau maklumat terlebih sumbat (overload).
Lengkap atau tidak maklumat ukuran itu akan diketahui selanjutnya apabila tempahan dan kain tiba ke tangan pemotong kain. Pemotong kain adalah seorang yang sangat arif dengan padanan ukuran dan potongan kain. Tanpa maklumat yang lengkap, pemotong tidak dapat memotong kain mengikut jenis yang dikehendaki. Apa akan berlaku sekiranya maklumat tidak lengkap. Pemotong akan memaklumkan pengukur tentangnya dan pengukur harus berusaha mendapatkan maklumat yang tertinggal. Bagaimana mahu mendapatkan maklumat ini jika pelanggan telah pulang? Mahu tidak mahu, pengukur harus menghubunginya semula dan mengatur temujanji yang baru. Ia adalah sesuatu yang leceh (tambahan kerja) dan memalukan (pelanggan tentu tidak suka untuk datang kali kedua malah pelanggan pasti menganggap pekerja atau butik tersebut tidak cekap). Imej butik pasti akan jatuh akibat dari kelemahan ini.
Pautan http://vendor.nortom.com/measuringmanual.pdf (cached) menyediakan panduan lengkap untuk mengukur badan mengikut jenis pakaian yang dikehendaki. Semoga ia membantu pengukur di atas ;-)
No comments:
Post a Comment