Sunday 15 November 2009

Jenis pita pengukur badan



Pita pengukur adalah alat penting dalam butik. Setiap orang di butik mesti mempunyai pita pengukur dan mesti tahu menggunakannya. Pita pengukur biasanya mengandungi kedua-dua ukuran inci dan centimeter. Seseorang itu mesti sentiasa waspada dengan unit ukuran yang digunakan. Kesilapan membaca unit ukuran adalah kesalahan kritikal. Bayangkan ukuran bahu 20 inci jika tersilap catat sebagai 20 centimeter membawa impak yang besar (akibatnya saiz bahu dewasa tersilap catat sebagai saiz bahu bayi).

Kebanyakan pita pengukur yang dijual di kedai alat jahitan terdiri daripada dua jenis:1) Bersaiz lebar 5/8 inci dan 2)Bersaiz lebar 6/8 inci. Di samping fungsinya sebagai alat mengukur badan, kelebaran pita pengukur ini boleh dijadikan alat penanda "segera" bagi basi (basi 1/2 inci atau basi 3/4 inci).






Pada awalnya saya mengalami sedikit masalah menggunakan unit ukuran inci. Laman http://www.wikihow.com/Read-a-Measuring-Tape memberikan panduan yang sangat baik tentang bagaimana memahami dan menggunakan unit ukuran inci. Istilah yang saya baru belajar dari pengalaman ini ialah "hoon" iaitu satu takaran unit terkecil pada inci.


1 comment:

  1. Admin.. saya nak beli measure tape jenis Analogical mcm kat dlm blog awak ni... Area KK sabah...xjumpa lagi... kalau nak oder dgn admin mcmna ye...

    ReplyDelete