Wednesday 18 November 2009

Ukuran tepat tapi baju tak dapat dipakai



Bolehkah berlaku keadaan di mana ukuran badan tepat tetapi baju yang terhasil sendat atau tidak muat dipakai pelanggan? Mungkin boleh terjadi.

Keadaan ini mungkin disebabkan poin ukuran badan yang tidak seimbang. Dalam contoh gambar di atas, ukuran bahu, lengan dan dada kelihatan cocok dengan pemakainya. Tetapi barangkali ukuran perut baju tidak sepadan perut sebenar pemakainya.

Terdapat juga kemungkinan di mana saiz pelangan telah berubah sehingga apabila baju siap, saiz terkininya tidak sama lagi dengan saiz baju yang ditempahnya. Kebiasaannya ini berlaku kepada kanak-kanak dan remaja. Tubuh mereka cepat berubah ketika usia sebegini. Pengukur perlu mengambilkira tentang hal ini dan membuat anggaran penambahan yang sesuai.



Dalam situasi yang lain, kemungkinan berlaku masalah komunikasi di mana tukang potong tersilap menterjemah maklumat catatan ukuran. Hal ini mungkin berlaku apabila pengukur dan pemotong mempunyai kefahaman berbeza tentang poin ukuran, kelonggaran dan sebagainya. Adakalanya, masalah komunikasi boleh membawa kepada perbalahan apabila masing-masing mempertahankan kaedahnya. Lebih baik masing-masing berbincang terlebih dahulu sekiranya ada keraguan sebelum kain dipotong. Kalau dah dipotong baru terperasan ada kesalahan, bersedialah untuk membeli kain ganti :-)



No comments:

Post a Comment