Thursday 19 November 2009

Ok tak kalau lebihkan ukuran untuk pastikan baju dapat dipakai?


Seorang rakan di butik berkongsi pengalaman di mana dia sengaja melebihkan ukuran supaya dapat mengelakkan insiden baju kecil atau sendat. Hasilnya seperti gambar di atas. Gambar di sebelah kanan kelihatan segak dan sedap dipakai. Manakala di gambar di sebelah kiri kelihatan sebaliknya. Jika aspek segak dan sedap dipakai ini amat dititikberatkan oleh pelanggan, dia pasti marah sekiranya baju tempahannya kelihatan seperti gambar di sebelah kiri. Kesimpulannya, pengukur harus peka dengan aspek segak dan sedap ini.

No comments:

Post a Comment