Labels
baju kurung
(2)
boutique software
(1)
eBOUTIQUE
(2)
istilah
(2)
kilang
(1)
langsir
(17)
ombak stulang laut
(2)
pakaian-lelaki
(1)
pakaian-wanita
(6)
pattern
(1)
pleat
(1)
pola
(1)
scallop
(3)
skirt
(2)
swag
(1)
tie
(2)
tivoli
(1)
ukurbadan
(7)
Friday, 21 December 2012
Langsir - Diamond Pleat
6. Poin tengah ditarik ke bawah, ke atas jahitan pada kain keras, setelah lipatan membentuk seperti layang-layang, buka sedikit bahagian bawah lipatan, lalu jahit di bahagian dalamnya.
7. Pada bahagian tengah lipatan boleh dihias dengan butang.
8. Kedudukan jarak di antara satu lipatan.
Single Scallop - Cara melipat dan membuat swag
Cara melipat
1. Mulakan melipat dari bawah, ambil poin 5 inci pertama di bawa ke poin 1 inci pertama, kemudian ambil poin 5 inci kedua, jarak 1 inci sahaja yang akan kelihatan di permukaan kain.
2. Pada bahagian atas berukuran 8 inci, ambil bahagian hujung kain ini lalu, dibawa ke poin 1 inci yang akhir. Naikkan atau tarik ke atas 2 inci bahagian kain yang berlipat.
3. Pastikan lipatan pada scallop selari dengan bahagian atas kain scallop bahagian dijahit mati 1/2 inci.
Membuat Swag
1. Sepasang swag berukuran lebar 43 inci labuh (ikut kesesuaian anda) dari lebar bahagian depan 12 inci.
2. Mulakan swag sari garisan 35 inci, lipat simpan 7 inci di bawah kain, biarkan ukuran 2 inci sahaja yang ada permukaan. Pada ukuran 3 inci yang akhir terus di bawa ke jarak 2 inci (ukuran sisip 33 inci).
Single Scallop - mengukur dan memotong kain
Mencari ukuran dan memotong kain scallop
1. Lebar tingkap 90 inci - 14 inci (7 inci kiri dan 7 inci kanan) = 76 inci.
2. Ukuran kain scallop.
Lebar atas kain scallop 76 inci
Labuh ke bawah 48 inci
Lebar bawah kain scallop 76 inci + 28 inci = 104 inci
Cara menjimatkan kain
1. Sediakan kain 146 inci (73 inci X 2) segi empat panjang lipat dua. Ambil 8 inci untuk kepala langsir, baki di bawah lukis seoerti rajah. Bahagian atas scallop 76 inci bahagi 2 = 38 inci, labuh sehabis kain atau 48 inci, pada bahagaian bawah kain ukuran sama dibawa ke bawah ditambah 14 inci ( 38 inci + 14 inci = 52 inci.
2. Di atas kain yang sama lukis rajah untuk 35 inci di atas dan 13 inci di bawah. Kemudian temukan poin 38 inci pada poin 13 inci.
3. Pada kain scallop, bahagian tepi kain yang menyerong naikkan ke atas 7 inci lalu buat garisan melengkung, mulakan menanda dari bawah, rujuk rajah.
Cara membuat skirt box pleat (lipat kotak)
Rujuk cara membuat smoking skirt.
1. Sediakan kain sederhana tebal keperluan lebar tingkap 78 inci x 3 (formula lipat kotak) kain segi empat panjang berukuran 234 inci lebar dan 19 inci labuh.
2. Kedudukan bentuk lengkung pola kain skirt bergantung pada scallop yang diperlukan, di sini diperlukan 3 scallop, maka kain skirt perlu dibentuk hingga mendapat tiga ruang lengkung untuk meletakkan setiap scallop.
Cara membuat Angsana Scallop
1. Setiap tepi kain yang menyerong diberi poin 4 inci dari atas, diikuti 4 inci kemudian 1 inci, diikuti 4 inci, 1 inci, seterusnya berselang seli hingga ke bawah sekali 8 inci.
2. Dari bahagian hadapan kain yang sudah dicantum, susunkan ke atas (lihat gambar). Poin 4 inci kedua diletakkan pada bahagian bawah poin 4 inci pertama lalu dipin, kemudian poin 4 inci ketiga dibawa ke poin 1 inci. Teruskan hingga akhir. Pada poin 8 inci terus dilipat tiga bahagian. Pastikan semua jarak 1 inci sahaja yang akan kelihatan di permukaan.
3. Pada bahagian tepi dan tengah kain scallop yang telah disusun dan dipin, jahit mati setiap susunan scallop.
Saturday, 11 August 2012
Cara Mudah Menjahit Langsir - Skirt Smoking
MENCARI ELA ATAU METER KAIN
1) Sediakan kain berukuran 300 inci lebar dan labuh 20 inci.
2) Kain dilipat dua, kemudian dibentuk mengikut rajah di sebelah dan beri poin tengah.
CARA MENJAHIT
1) Kain langsir dilipat kotak 3 inci lalu dijahit perlahan-lahan menggunakan mesin jahit.
2) Ukur 6 inci dari bahagian atas kain langsir ke bawah, lalu pin pada setiap kiri dan kanan lipat kotak 3 inci.
Dari buku Cara Mudah Menjahit Langsir oleh Noraini Margono Jilid 2

Friday, 10 August 2012
Cara Mudah Menjahit Langsir oleh Noraini Margono Jilid 2 PDF
Download PDF
Menyediakan pelbagai rekaan langsir yang menarik dan mudah dibuat. Buku ini adalah lanjutan daripada Cara Mudah Menjahit Langsir yang pertama. Setiap rekaan langsir disediakan panduan mengambil ukuran kain, cara menggunting dan cara menjahitnya. Panduan langkah demi langkaj yang diberi dapat membantu menyediakan langsir yang cantik.
Buku ini amat sesuai untuk dijadikan panduan kepada mereka yang berminat untuk menjahit langsir sendiri. Jika anda sudah berkemahiran ia boleh dijadikan sumber pendapatan.
Beli buku secara online
Subscribe to:
Posts (Atom)






