Sunday, 15 November 2009

Panduan mengukur saiz leher dan lengan

Guide on measuring neck size and sleeve for tailoring
source: (http://www.wikihow.com/Measure-Your-Neck-Size-and-Sleeve-Length)

Panduan di bawah menggunakan kaedah ukuran ukurlilit leher untuk mendapatkan saiz leher dan kaedah jarak puncak belakang badan ke pergelangan tangan untuk mendapatkan panjang lengan baju.

Mengukur Saiz Leher

  1. 1
    Lilit pita pengukur mengelilingi leher, bermula dari poin halkum.



  2. 2
    Pegang lilitan rapat pada leher. 


  3. 3
    Ambil bacaan ukuran. Ingat bahawa ini adalah ukuran leher sebenar. Ukuran leher baju mestilah lebih besar. Tercekik nanti kalau ukuran leher baju tepat seperti ukuran leher sebenar. Tambahan sebanyak 1/2 inci (1 cm) sudah memadai


    • Kebiasaanya ukuran saih leher adalah di antara 14 - 19 inci (35,5 - 48,3 cm).

Measuring Sleeve Length

  1. 1
    Minta model anda berdiri tegak sambil tangannya berada di sisi.


  2. 2
    Letak hujung pita di puncak belakang badan. Tangan kanan anda menekan hujung pita manakala tangan kiri melurut pita di atas bahu kiri model anda.


  3. 3
    Lurut hingga ke pertemuan bahu dan lengan, regangkan pita pengukur dan baca ukuran. Ingat nilai ukuran ini.
    (komen saya: pita dalam gambar tu macam nak terjatuh dari bahu. Ada sesetengah tukang ukur lurut pita betul-betul atas bahu supaya nanti boleh double check baju yang dah siap dengan lebih mudah.)


  4. 4
    Dari poin pertemuan bahu dan lengan tadi ukur jarak ke bawah hingga ke pergelangan tangan. Hati-hati agar ukuran melepasi pergelangan tangan. Jika tidak, tangan baju akan menjadi singkat.
    (komen saya: Pengukur tarik pita straight down. Kalau anda perhatikan, lengan tangan manusia ni bengkok sedikit. Lebih baik ukur membengkok sedikit supaya lebih realistic, seperti di sini)


  5. 5
    Campurkan nilai pertama dan kedua. (komen saya: sekiranya anda mahu lebih cepat, ukur secara sekaligus, i.e ukur jarak dari puncak belakang badan terus ke pergelangan tangan) 


  6. 6
    Julat ukuran adalah sekitar 32 - 37 inci (81,3 - 94 cm). Carta di bawah boleh digunakan sebagai rujukan.

Saiz BajuSaiz LeherPanjang Lengan Baju
Small14 - 14 ½32 - 33
Medium15 - 15 ½32 - 33
Large16 - 16 ½34 - 35
X-Large17 - 17 ½34 - 35
XX-Large18 - 18 ½35 - 36

video bagaimana menggunakan pita pengukur jenis inci

Jenis pita pengukur badan



Pita pengukur adalah alat penting dalam butik. Setiap orang di butik mesti mempunyai pita pengukur dan mesti tahu menggunakannya. Pita pengukur biasanya mengandungi kedua-dua ukuran inci dan centimeter. Seseorang itu mesti sentiasa waspada dengan unit ukuran yang digunakan. Kesilapan membaca unit ukuran adalah kesalahan kritikal. Bayangkan ukuran bahu 20 inci jika tersilap catat sebagai 20 centimeter membawa impak yang besar (akibatnya saiz bahu dewasa tersilap catat sebagai saiz bahu bayi).

Kebanyakan pita pengukur yang dijual di kedai alat jahitan terdiri daripada dua jenis:1) Bersaiz lebar 5/8 inci dan 2)Bersaiz lebar 6/8 inci. Di samping fungsinya sebagai alat mengukur badan, kelebaran pita pengukur ini boleh dijadikan alat penanda "segera" bagi basi (basi 1/2 inci atau basi 3/4 inci).






Pada awalnya saya mengalami sedikit masalah menggunakan unit ukuran inci. Laman http://www.wikihow.com/Read-a-Measuring-Tape memberikan panduan yang sangat baik tentang bagaimana memahami dan menggunakan unit ukuran inci. Istilah yang saya baru belajar dari pengalaman ini ialah "hoon" iaitu satu takaran unit terkecil pada inci.


Saturday, 14 November 2009

Inches Vs Cm?



Ada dua kaedah ukuran yang masyhur, inci dan cm. Adapun rakan-rakan saya, mereka suka ukuran inci kerana katanya ia "natural" kepada ukuran badan. Maka mudahlah membuat anggaran menggunakan jari sahaja. Saya tidak  pasti kepercayaan ini sahih atau tidak!


Wednesday, 4 November 2009

Nisbah ukuran kepala dan badan


The unit of measurement in drawing the human figure is usually head's length. The average height is thought of as being 7 1/2 heads. However, race, sex, age, and individual physical differences prevent setting down any fixed rule as to anatomical proportions. Most artist prefer a male figure 8 heads high. Sometimes a petite female drawing as small as 6 heads is desired. For purposes of fashion or grace the female may be 8 or even 9 heads tall. (sumber 1,2,)



Saya terjumpa satu dokumen yang mengatakan ukuran kepala dapat dinisbahkan kepada ukuran badan. Kesimpulan teori ini adalah apabila kita memperolehi ukuran kepala, kita sudah dapat membuat anggaran keseluruhan badan. Kalau begitu, kerja mengukur badan akan menjadi sungguh mudah! (Perlu diingatkan dokumen di atas asalnya ditulis untuk rujukan pembelajaran lukisan dan bukan untuk rujukan fesyen. Ada kemungkinan ia tidak praktikal di sini)

Tuesday, 3 November 2009

Ukuran badan standard



Saya tertarik melihat rakan-rakan mengambil ukuran badan pelanggan. Saya cuba untuk melakukannya tetapi kemudiannya rasa bimbang kalau-kalau tersalah ambil ukuran. Lalu saya pun men google untuk mendapatkan ukuran standard. Dengan adanya ukuran standard, saya boleh membuat perbandingan dan mengenalpasti samada ukuran yang saya ambil itu munasabah atau tidak. Lega juga rasanya bila didapati ukuran itu dalam julat yang standard. Namun pernah juga terjadi kes di mana berlaku salah ambil ukuran. Ia merupakan satu pengalaman pahit ketika saya bekerja di butik:-).





Monday, 2 November 2009

Poin-poin utama pada ukuran badan




Kata rakan-rakan di butik, bermula pakaian yang segak dan sedap dipakai (segak=dilihat cocok dengan pemakainya, sedap=dirasa selesa oleh pemakainya) adalah pakaian yang mengikut ukuran badan pemakainya dengan betul. Bila mereka mengukur badan pelanggan, ukuran itu tepat pada poin-poin yang utama. "Apadia poin-poin utama tu?". Kata mereka, "ikut kebijaksanaan mata si pengukur". Oh, payah lah kalau begitu.

Saya cuba google dan antara lakaran sesuai yang saya temui adalah seperti di atas. Lakaran ini mungkin bukan bertaraf otai tetapi ia sedikit sebanyak memberi gambaran kepada saya tentang poin-poin utama. Lakaran kedua yang saya temui adalah seperti di bawah.



Fill in this size chart
Measure you size(CM)
CM
A
Height
B
Neck length
C
Neck (around)
D
Bust
E
Waist
F
Hip
G
Thigh (around)
H
Knee (around)
I
Shank (around)
J
Ankle (around)
K
Upper Arm (around)
L
Elbow (around)
M
Wrist (around)
N
Neck line to Waist line (messure along bodyline
O
Waist line to Ankle line (messure along bodyline)
P
Neck line to Ankle line (N+O)
Q
Inseam (to the ankle) *not to the ground
R
Arm Length (shoulder bone to the wrist)
S
Shoulder Length (shoulder bone to shoulder bone)